Wednesday, 23 May 2007

Apa apa jer lah

ish sejak mel sampai nih, aku tatau nak tulih apa lah. mcm takde topik menarik nak ditulih. Mungkin jiwa aku tidak memberontak semasa hidup keseorangan. Aku gelak jer tgk bini aku tidur awal dan bangun awal. aku tak heran, sbb aku tahu dia masih jet lag. Aku saje jer provoke dia, kan bagus kalau cam ni selalu, ini asyik tidur kul 12 malam. HaHa dia pun tak berani nak buat statement tengtang kekonsistentan dia dapat bangun awal sebegitu. Sbb dulu dia pernah buat statement, dia suka bangun awal. habis jet lag sama lah balik kan hahaha. kali ni bila aku provoke, dia hanya mampu tersenyum tanpa berani membuat statement. kerana dia takut hanya akan menjeratkan diri. HaHaHa.
dapat lah aku rasa makan asam pedas, walaupun rasanya tak lah boleh lawan asam pedas makcu masjid tanahnya. dah improve banyak jugak lah asam pedasnya. not too bad HaHa. lps tuh dapat lah makan ikan masak taucu. sungguh selera aku makan. Bila nak main dengan kasut boling baru nih. malam ni kena standby lagik. byk sgt standby malam2. bukan buat apa pun. hanya bersekang mata jer.
baru baca blog intan. Sedih aku baca cerita kakak ipar adik dia. meninggal lps beranak. Klik kat belah kiri tu nak baca. comel baby dia. itu lah suratan qadaq dan qadar. Tapi seperti yang aku selalu cakap, kematian itu pasti akan datang. memang susah nak terima kalau berlaku pada kita, tapi kita kena bersedia walaupun sukar.
iym pulak baru beranak 3.9 kilo. dia cakap jenuh dia nak teran kali nih. tapi aku cakap dia dah tere dah bab bab meneran nih. sbb ini yang ke 3.
jadi semua manusia akan mati. jadi tak usah lah kita berdengki sesama manusia di muka bumi ini. buatlah berbaik baik. Kerana hanya amalan yang baik sahaja dikira untuk ke syurga.

Wallahhualam.

5 comments:

Iym said...

Aku dah letak gambo baby kat blog..

Anonymous said...

Iym, ko dah kat rumah ke? boleh le aku lawat...besor anak ko ye...sampai 4 kilo..pergh....

Iym said...

Aku ade kat rumah.. dtg je la..

Izham Miyake said...

aku pun dah baca..

kesian.. taktau la kalau jadi kat aku cemana..

geeGrik said...

beso anak ko iym. Mohen anak ko mcm mana? Bai, tu lah aku kengkadang ada terpk cam tuh. kalau jadi kat kita mcm mana