Wednesday 31 October 2007

Seronoknye raya.

Tahun ini tahun pertama kami beraya di perantauan. dua dua belajar di universiti tempatan, so tak pernah la beraya kat obersea kan haha. tapi kalau puasa kat perantauan, ini dah tahun ke 3 aku puasa kat luar. 2 tahun lepas puasa kat indon dan hong kong kerana urusan kerja. Kali ini puasa dan beraya di Doha.

eh aku malas cerita pasal puasa dah la. nak cerita pasal raya. aku kan pemalu sebenarnya. aku jadi tak malu apabila aku dah betul2 aku kenal kawan kawan aku. Khamis malam jumaat aku dapat call dr syed cakap esok raya. ish penipu ke dia org ni. Paper cakap raya hari sabtu. waktu itu zul dan noreen dan anak2 berbuka puasa di rumah aku. lepas itu syam pulak call zul bagi tahu raya esok. HaHaHa semua kalut dan tak ready. ayam, daging mana beli lagi. so Mel pun cakap esok raya rumah org jer lah abg haha.

So keesokan pagi, kami pakai baju raya. aku pakai baju raya tahun lepas la, mel pakai baju raya baru. dia pakai jubah arab tu la. Kami pergi rumah syambing dulu. Dan kami ke malaysian embassy sama sama. mak syambing nagn wife dia taj ikut sbb wife syambing si nani baru beranak kan. sampai kat embassy, aku nak terberak la. masa tgh khutbah tu, aku berpeluh disbbkan panas dan nak terberak. lepas solat sat aku bersosial lah sikit2 dgn rakyat malaysia yang lain lps tu ajak syambing balik rumah dia. sampai rumah dia terus lah melepassss...

so rumah syambing jadi rumah pertama beraya, dapat lah makan ketupat segera mak dia bawak dr malaysia, then kita org start ikut syam beraya. mangaiii byk nyer rumah beraya. tapi kul 1 petang aku dapat call ada masalah ngan MMS trafiic. hantu lah dia org ni, suruh aku kerja. tak pasal2 aku kene kerja sampai 8 malam. tapi mel ikut si syam beraya. kasi can lah kat dia.

hari ke 2 dan ke 3 kami beraya lagi, dan raya ke 4 kami buat lah open house. Tak sangka mel begitu excited nak buat open house sampai dia tidur pukul 5.30 pagi. dia masak mcm mcm. aku tolong jugak tapi tolong tidur muahahaha.
menu yang mel masak hari tu:

1. daging masak hitam (rendang tok) , dia dapat resepi dr makci aku kat gerik setelah call byk kali
2. ayam rendang padang ( sedap nii)
3. Beriani Daging
4. Nasi Impit
5. Roti Jala.

alhamdulillah makanan tu habis dimakan. roti jala lah cepat habis sbb org dah start muak makan nasi impit. lepas habis ja... alamak tak laratnya aku nak kemas. so esok tu kita org duduk rumah kemas kemas rumah jer. tapi malang sunggunh hari open house tu sbb lift rumah aku rosak. semua kena exercise naik tangga ke tingkat 4. terkehel jugak sekor sekor. sampai mel suruh aku turun beli tepung lagi nak buat roti jala pun aku malas hihi.

pas tu, kami pergi beraya lagi kat tempat org org minyak, sampai muka mel masuk lam paper qatar. tapi malas lah aku nak beli. bukan artis pun muahahhaa

byk lagi rumah kami beraya sampai kami lupa malaysia. aku dha malas nak tulis lah. bye

Friday 26 October 2007

Raya Di Doha

hangat hangat tahi ayam =))

waaa dah lama sgt tak menulis
hangat hangat tahi mohen. eh silap. hangat2 tahi ayam..

Intan.. i'm updating my blog now. tapi caca merba lah. cerita takde sequence nih!!

ok mana nak mula ni. oh ya. seperti yang di rancangkan. actually i have planned it for years, cuma kali ni mmg bernasib baik so i managed to get my umrah visa dan berangkat lah aku sama teman2 for the 1st time ke tanah suci mekah. we went there by car. it took us almost one day to reach there. me, nuar and kak ita, and khai were so excited to get there. So kami tak ikut sgt guidline yang diberi. eh lupa. Mel tak ikut sbb we didn't able to get her umrah visa because she was and still on visit visa. so while i was away, she went to UK for holidaying. As a typical malaysian, everybody wanted to be in London at least once :P. Since she needed to be out of country as well, so i asked her to go there instead of flying back to malaysia. anyway, from london to glasgow, she had free accomodation along the way. Seplah sikit kocek aku kan. Kita lupakan cerita dia tuh. sesape ade frenster add lah mel, noorkamela.bakar@gmail.com gambar aku raya2 kat sini ada gak situ

Jadi masa 1st ramadhan tu, aku pun berangkat lah. sempoi jer pergi. selalu kat mesia ada azan2, kita org biasa jer lah. dari doha ke border saudi tu ambil masa dalam 1 jam jugak. everything went smoothly at the border. lagi pun dah dekat time bukak puasa, tak byk sgt queue. lps ajer boder kami menuju ke bandar hufuf. jalan dia straight betul, mcm jalan Kuala Kangsar - Gerik hehe. Tapi kami stop sat kat mana ntah utk bukak puasa. sib baik lah kak ita ada. makan lah nasi impit dan rendang yang dimasaknya. solat sat pastu terus meneruskan perjalanan. ooo kami pakai gprs. eh silap pakai GPS hehe. jadi dia pun ckp. "drive XX KM and enter round about".. ikut GPS punya pasal lah, kami terpusing kat bandar hufuf dekat sejam. Map dia tak update. ada satu roundabout tu ada 5 exit. "enter roundabout and take 1st exit" . sudah.. "off road... we're calculating" berpuluh2 kali dengar. so just monitor GPS tuh sambil tgk betul tak kereta menuju arah.. alhamdulillah terlepas dan terkeluar dr bandar hufuf. so menuju lah ke Riyadh pulak. aku tak ingat lah berapa jam semua. tapi hufuf ke riyadh tuh mmg dah highway 3 lane lah. macam PLUS. tapi PLUS 2 lane jer kan, cuma certain area jer 3 lane. tapi ini all the way. and no toll and the gas only 45cent per liter. so taram sajalah. kita org naik kereta khai. sangyong nyer jenis octivon. tak tahu lah ade at KL ke belum. kerete ni rupa dia mmg kelakar tapi stable gak lah.. sebab kita org henjut jer 180km/h. takde nyer polis nak jaga kat hi way padang pasir tu. tapi kene beringat jugak, dha ramai mati accicdent. even before kami pi, one indonesian couple baru jer meninggal masa on the way back to doha. anak dia kecil lagi. anak dia hidup, sekarang ni ada org amik anak angkat. sian baby tu. tapi nak buat mcm mana. ajal ni dimana2 tapi kita kene beringat lah.

Bila dah sampai riyadh, kita org isi minyak sat. dekat situ baru nampak sign board "Mekah" ish kalau tgk KM, tekanan jer, aku rasa dr Doha sampai mekah dalam 1500KM kot. letih la nak tulis. citer pendek2 jer lah ek. so kami teruskan lagi perjalan menuju ke mekah. sampai kat satu R&R tu, kami dah tak larat. so kami tidur kat situ pada jam 2 pagi.serius aku tidur tak lena. rasa cam gabra jer. Bila teringat nyace dok bagi amaran kisah dr majalah mastika, rasa takut jer. aku dok berdoa jer byk byk. ok lah lelap mata sat. esok pagi lps subuh dalam kul 5 kami gerak balik. waktu tu bukan aku drive, so aku tertidur ja lah.

Last sekali sampai lah kami ke Taif, so kami menuju ke masjid utk miqat. since nak masuk jumaat, kami decide solat jumaat situ dulu lah... so bersolat lah kami. lps tu start lah nak umrah. mandi sunat, solat sunat dan pakai ihram semua. Pakai ihram kena belajar betul2, yer lah kan pakai 2 helai kain jer. kalau tak kena gaya, ish melayang karang. so lepas dah niat ihram, start kereta dan menuju ke mekah. sesat jugak kat sini sbb jalan yg GPS tunjuk tuh kene tutup, terpaksa cari alternative lain dgn tanya org org kat situ. so start lah slow2 baca "Labbaikallah hummalabaik".. better baca dalam arab lah. kalau tulis rumi sure bunyi tak kena nanti.

nak sampai masuk mekah, ada polis jaga kat border mekah tu. dia suruh parking kat "pilgrim parking area". so kami kena amik cab kat situ. since kami dah suruh Pak Syafie (org indonesia) yang tinggal di mekah handle kami punya accomodation, so dia tunggu kami kat tepi jalan.

masa masuk kota mekah tu, mcm tak percaya. eh aku dah sampai ke. kedai2 dia macam kat mesia jer. mcm kat taiping ke ek. masa tu dok berdoa jer dalam hati semoga semua akan OK. standard la 1st time pi kan. cuak la.. Then pak syafie bawak ke hotel. hotel tu mcm asrama jer. tapiu dha ramadhan, mmg mahal la. bilik aku duduk tu kalau time off peak harga 50 riyal. tapi waktu tu jadi 250 riyal. standard la kan, kalau time cuti sekolah kat mesia pun, harga hotel naik harga. pak syafie suruh bukak puasa dulu nanti dia call kawan dia jadi mutawif, guide kita org utk 1st time buat umrah ni. so kita org bukak puasa dulu. lps maghrib kawan dia tu mai. eh aku lupa nama dah. so kami pun berjalan kaki ke bawah menuju ke masjidil haram.

bila masuk masjid tu, terus turun ke bawah, dah meremang bulu roma aku. perasaan bercampur lah. excited ada, takut pun ada. so bila dah nampak kaabah tu, rasa tercacak jer bulu roma, otomatik lah keluar air mata siki2 sbb 1st time. so ustza tu pun start lah bawak ke kaabah tempat nak mula tawaf. ada tanda lamu hijau. so start lah di situ. mmg ramai org lah. 1st ramadhan kan. nuar ngan kak ita bawak baby kecil fariha sekali. kami gerak slow2 lah. fariha menangis jer. sbb ramai org kot. alhamdulillah lps tawaf, kami solat sunat kat muazam, skip lah hijir dulu, sbb 1st time ni nak tahu cara betul2 dulu kan.

minum air zam zam sat. dalam masjid ni, tong air zam zam mana mana ada. yang sejuk ada, tak sejuk pun ada. pastu kami menuju ke bukit safar, utk buat saie. so start lah dari safar ke marwah sebanyak 7 kali. so mula kat safar, berakhir di marwah. masa saie nih, disunatkan berlari anak2 dekat tiang yg ada warna hijau kat situ.

lepas habis ajer. buat lah tahalul. aku bawak gunting siap2, so kami gunting lah antara kami. so habis lah umrah kami kali pertama. alhamdulillah.

aku cuma cukur kepala masa aku buat umrah kali terakhir. masa kat mekah ni, nak buat bila2 pun boleh. just amik cab pergi ke tenpat miqat. nama dia thanaeim. bergantung lah serajin mana. dok mekah ni mmg tak ingat apa dah. so waktu tu alhamdulillah jadik alim sebentar. ke masjid ajer lah. sekarang ni takde lah jahat, cuma tak lah rajin nak pi masjid setiap waktu cam tu hehehe :D . kat mekah ni, solat lah kat muazam, (depan makan nabi ibrahim, makan ni tapak kaki dia). dan di hijir ismail. diberi keizinan cubalah mengucup hajaratul aswad. Berdoalah byk2 insyaAllah dimakbulkan.

Mel tak ikut, jadi aku takde masa nak pi shopping2 tgk barang kat mekah ni. tapi mmg org suka bershopping gak kat mekah ni. mcm mcm ada. pastu jual beli cakap melayu jer. semua pandai cakap melayu kat kedai. sign board dalam masjid atau kat mana2 pun byk jugak dalam bahasa melayu.

so lepas 5 hari kat mekah, kami pun pi madinah. kat madinah kita org checkin hotel dekat ngan masjid nabawi tu. mahal hotel time posa ni, so kami amik 2 malam jer. basically kat madinah ni 3 hari 2 malam lah. dekat masjid ni, kalau dapat solat kat rawdah (ada karper warna hijau) antara makam nabi dan mimbar. solat lah kat situ. di situ nabi pun cakap, kawasan tu, kebun2 syurga.

lps nak tinggalkan madinah, kita org singgah masjid qoba sat. nabi dulu seminggu sekali dia pi masjid tu.

ini taktahu lah cerita kelakar ke apa. tapi masa on the way balik, sepatutnya kami balik dr madinah ke riyadh terus. tapi disbbkan ikut GPS, kami masuk mekah balik, siap sampai mina dan padang arafaj semua. last last kami tutup GPS tu dan ikut sign board dulu, lepas berjaya keluar baru on balik.

alhamdulillah semua selesai. Jadi korang kalau nak pi tu, pi ja. jgn lah dok baca mastika sgt. mastika tu kata nak bagi pengajaran, tapi kengkadang cerita dia over sgt. dah ada niat tu, teruskan ajer. anyway umrah tak wajib, yang wajib haji. tapi buat umrah dulu pun bagus gak sbg preparation nak pi haji. sbb haji kena plan betul2 sbb bukan sbb duit ajer. masa jugak. queue tabung haji lagi.

dah letih la nak taip. lepas dah habis semua kan, kami pun balik lah doha. tak yah lah cerita apa nampak sepanjang perjalanan tu. cantik lah jugak, tapi sbb jauh sgt sampai ngantuk. hiway straight ajerrrrrr sampai mengantuk. tekan punya tekan tak perasan minyak nak habis. semua panik. aku siap terpk air zam zam kat belakang berapa tong. kalau dehydrate nanti mcm mana. dah la 1st stesen minyak tu dah tak jual minyak. sib baik next stop ada. smapai aja, aku cakap "very very full". cuak gila siut.. mati kat padang pasir karang hahaha.

sampai kat doha 13 ramadhan. 14 ramadhan, (isnin) aku tatau nak buat apa. sbb aku cuti lagi. mel pulak kat glasgow lagi. aku pi travel agent, aku cari tiket balik mesia. yesss aku dapat. aku balik mesia 5 hari jer. aku tak bagi tau sape2 pun aku balik. sbb short sgt kan. smapai mesia, aku balik lah rumah mentua dulu, mertua aku cam tak caya jer. siap masak best2 lah kat aku. adik adik ipar aku pun beli mcm mcm. semua tak bagi aku kelaur duit. aku nak minum air tebu. so aku minum air tebu byk sgt. hari2 beli air tebu masa 5 hari kat mesia. aku dok kl jer. aku suruh bapak aku dr gerik turun kl. aku byk lepak rumah abg aku kat tmn tun.

masa nak balik ke doha aku beli sate 200 cucuk. sate keramat. aku beli awal sehari then suruh adik ipar aku sejuk dan keraskan. so aku dapat bawak balik ke doha. kasi kawan2 kat sini makan utk bukak puasa. suka dia org. yer lah semua kempunan nak makan sate hehe. air tebu sori lah aku tak leh nak bawak balik hehe.

aku sampai doha pagi, mel sampai doha malam tu. so kami dapat bersama kembali after 2 weeks berpisah seketika.