Tahun ini tahun pertama kami beraya di perantauan. dua dua belajar di universiti tempatan, so tak pernah la beraya kat obersea kan haha. tapi kalau puasa kat perantauan, ini dah tahun ke 3 aku puasa kat luar. 2 tahun lepas puasa kat indon dan hong kong kerana urusan kerja. Kali ini puasa dan beraya di Doha.
eh aku malas cerita pasal puasa dah la. nak cerita pasal raya. aku kan pemalu sebenarnya. aku jadi tak malu apabila aku dah betul2 aku kenal kawan kawan aku. Khamis malam jumaat aku dapat call dr syed cakap esok raya. ish penipu ke dia org ni. Paper cakap raya hari sabtu. waktu itu zul dan noreen dan anak2 berbuka puasa di rumah aku. lepas itu syam pulak call zul bagi tahu raya esok. HaHaHa semua kalut dan tak ready. ayam, daging mana beli lagi. so Mel pun cakap esok raya rumah org jer lah abg haha.
So keesokan pagi, kami pakai baju raya. aku pakai baju raya tahun lepas la, mel pakai baju raya baru. dia pakai jubah arab tu la. Kami pergi rumah syambing dulu. Dan kami ke malaysian embassy sama sama. mak syambing nagn wife dia taj ikut sbb wife syambing si nani baru beranak kan. sampai kat embassy, aku nak terberak la. masa tgh khutbah tu, aku berpeluh disbbkan panas dan nak terberak. lepas solat sat aku bersosial lah sikit2 dgn rakyat malaysia yang lain lps tu ajak syambing balik rumah dia. sampai rumah dia terus lah melepassss...
so rumah syambing jadi rumah pertama beraya, dapat lah makan ketupat segera mak dia bawak dr malaysia, then kita org start ikut syam beraya. mangaiii byk nyer rumah beraya. tapi kul 1 petang aku dapat call ada masalah ngan MMS trafiic. hantu lah dia org ni, suruh aku kerja. tak pasal2 aku kene kerja sampai 8 malam. tapi mel ikut si syam beraya. kasi can lah kat dia.
hari ke 2 dan ke 3 kami beraya lagi, dan raya ke 4 kami buat lah open house. Tak sangka mel begitu excited nak buat open house sampai dia tidur pukul 5.30 pagi. dia masak mcm mcm. aku tolong jugak tapi tolong tidur muahahaha.
menu yang mel masak hari tu:
1. daging masak hitam (rendang tok) , dia dapat resepi dr makci aku kat gerik setelah call byk kali
2. ayam rendang padang ( sedap nii)
3. Beriani Daging
4. Nasi Impit
5. Roti Jala.
alhamdulillah makanan tu habis dimakan. roti jala lah cepat habis sbb org dah start muak makan nasi impit. lepas habis ja... alamak tak laratnya aku nak kemas. so esok tu kita org duduk rumah kemas kemas rumah jer. tapi malang sunggunh hari open house tu sbb lift rumah aku rosak. semua kena exercise naik tangga ke tingkat 4. terkehel jugak sekor sekor. sampai mel suruh aku turun beli tepung lagi nak buat roti jala pun aku malas hihi.
pas tu, kami pergi beraya lagi kat tempat org org minyak, sampai muka mel masuk lam paper qatar. tapi malas lah aku nak beli. bukan artis pun muahahhaa
byk lagi rumah kami beraya sampai kami lupa malaysia. aku dha malas nak tulis lah. bye
Wednesday, 31 October 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
dpt jugak merasa beraya diperantauan...ada dengo lagu raya dak kat sana? maksud aku lagu2 dari mesia la...
ada dengar. mel hari hari pasang. haha
selamat hari raya... walaupun syawal nak dekat habih... :)
terima kasih azq
tula aku pun lupa nak wish ko la gee..
bukan apa.. aku saje tunggu lambat sikit.. boleh wish sekaligus.
Selamat DeepaRaya..
hahahaha!
Post a Comment